Tuesday, November 25, 2008

Cogito Allah Sum


Sinopsis :

Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.
“Got ist tot...” ala Nietzsche yang memfatwakan bahwa Tuhan telah mati sebagai langkah final untuk menuju kedudukan “Manusia Super” hingga “Cogito ergo sum...” ala Rene Descartes yang menegasi Tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana-wacana ilmiah dan filosofis yang senantiasa kupuja.
Kemana-mana aku memproklamasikan bahwa Allah sama-sekali tidak ada. “Allah adalah kesia-siaan...!” pekikku. Tetapi, ada apa ini...? Apa sesungguhnya yang tengah menguasi hatiku? Mengapa justru pada detik yang sama, di lubuk hatiku ini, selalu menyeruak kegelisahan dan keraguan atas pemikiranku sendiri? Kian lama jiwaku terasa semakin menegaskan betapa semakin hari aku justru semakin tak bahagia.
Hatiku semakin kerontang. Hidupku semakin tak menemukan makna. Inikah kesejatian diriku sebagai manusia?! Rupanya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah justru semakin Ada. Allah tak terbantahkan oleh nalar filsafat dan logika apa pun, yang selama ini kuanut. Allah seolah telah memfitrah di dalam hati setiap manusia, dirasakan, tak terlogikakan, menghadirkan pendar-pendar ketentraman jiwa yang sangat bening. “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk-Mu…” bisikku dalam derai airmata.

Rayyan sebagai watak utama merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti. Kehidupannya begitu sosial setelah dia mendakwa hidupnya tidak memerlukan Tuhan. Manakala agama itu hanyalah ciptaan manusia. Baginya ibadah itu hanyalah sia-sia sahaja kerana Tuhan itu tidak wujud bahkan ia hanyalah kepura-puraan semata-mata.

Perkenalannya dengan Ain Nadia sewaktu menjadi penalis forum kesedaran, memberikan 'kesedaran' kepada kelompok manusia bahawa Tuhan itu tidak wujud, ibadah itu adalah sia-sia dan agama itu hanyalah ciptaan manusia semata-mata. Perkenalan itu telah membuatkan hubungan Rayyan dan Ain Nadia menjadi rapat namun Ain Nadia tidak dapat membaca perasaan Rayyan menyebabkan dia jatuh hati kepada kawan rapat Rayyan sendiri, Haikal.

Berlaku pergaduhan antara Rayyan dan Haikal apabila mereka tahu masing-masing cuba merebut cinta Ain Nadia. Campur tangan jiran-jiran Ain Nadia yang turut memukul Rayyan menyebabkan dia terlantar dihospital. Sepanjang waktu tersebut, Ain Nadia yang menjaganya di hospital. Di situlah Rayyan memohon Ain Nadia agar dia menjadi kekasihnya walaupun hanya sekadar dua minggu. Namun setelah dia sedar bahawa sahabatnya Haikal itu menghidapi sakit jantung, dia menyerahkan Ain Nadia kepangkuan Haikal.

Oleh kerana mengalami tekanan, kemudian berlakunya pergaduhan antara Rayyan dan seorang pemuda di pasar malam akibat sedikit salah faham. Orang-orang di pasar malam telah mengejar Rayyan lalu berlaku kemalangan. Rayyan telah dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan dia terlantar tidak sedarkan diri.

Selama tidak sedarkan diri itu, Rayyan telah mengalami kembara rohani di padang pasir sahara tanpa sebarang bekalan makanan dan minuman. Di sana dia teleh menemui seorang pemuda yang menunjukkan bukti wujudnya Tuhan sebagai tempat pergantungan.

Setelah sedar, dia telah berkenalan dengan Abdul Rahim, seorang pensyarah Universiti Islam Negeri iaitu orang yang telah melanggarnya pada malam tersebut. Ketulusan pakcik Rahim yang menganggap Rayyan seperti anak lelakinya sendiri menyebabkan Rayyan semakin rapat dengan keluarga itu. Tambahan pula kehadiran Aini, anak pakcik Rahim yang mempamirkan sifat muslimah telah menggoyahkan kerasionalan pemikiran Rayyan.

Perkenalan itu bukan sahaja membuatkan Rayyan makin rapat dengan keluarga pakcik Rahim bahkan terbit perasaan yang istimewa terhadap Aini. Padahal ketika itu Aini merupakan tunangan Ihsan. Rayyan cuba menjauhkan diri dari keluarga itu dan sehingga suatu ketika, dia menceritakan perkara tersebut kepada pakcik Rahim.

Jiwa Rayyan jadi begitu gersang, namun tidak tahu kepada siapa dia patut meminta tolong. Tercetus perdebatan jiwanya mengenai kejadian alam ini dan tidak ditemui jawapannya. Dia cuba menyelesaikannya dengan meminum minuman keras sehingga mabuk. Dalam keadaan mabuk, dia telah tersesat ke dalam sebuah masjid. Di situlah dia berdialog dengan 'Tuhan' mengenai nasibnya sebelum dia diseret oleh sekumpulan pemuda kerana telah mencemarkan kesucian masjid sebagai rumah Tuhan.

Dalam kesakitan akibat dipukul oleh sekumpulan pemuda yang mengheretnya keliling kampung akibat perbuatannya mencemari kemuliaan masjid, Rayyan menemui Pak Haji Misbah. Pak Haji telah menunjukkan semula jalan kepadanya untuk mencari kembali 'Tuhan' yang pernah dipercayainya suatu ketika dahulu.

Di bawah asuhan Pak Haji dan bantuan ustaz Zamri, segala pemikiran rasional Rayyan mengenai Tuhan itu tidak wujud lebur sama sekali. Dia menemui ketenangan yang dicarinya tatkala bertakbir bersama Pak Haji sekeluarga. Tatkala itulah dia melafazkan kata-kata rindu buat Sang Pencipta Yang Maha Agung.

Tatkala itulah dia diserahkan Surat Cinta Daripada Tuhan oleh Pak Haji. Dia menemui kata-kata cinta yang indah dapat menyejukkan jiwa. Rayyan telah mendapat kemanisan cinta Tuhan kembali sehinggalah dia menyertai dialog konsep ketuhanan dengan Syafiq, rakan sefahamannya dahulu. Di situ dia telah mempertaruhkan keimanannya kepada Allah demi mencari jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan Syafiq. Jika dia berjaya menjawabnya, Syafiq akan menyertainya dalam mempercayai Tuhan. Tapi jika dia gagal mendapat jawapannya, dia terpaksa meninggalkan 'Tuhan' yang ditemuinya.

Dalam mencari jawapan tersebut barulah Rayyan tahu bahawa Haji Misbah itu adalah rakan perseguruan ayahnya, Haji Mustafa sewaktu menuntut di Pondok Pasir Tumboh dibawah asuhan Syeikh Jamaluddin. Dan rupa-rupanya jawapan terhadap persoalan yang diutarakan Syafiq itu ada bersama ayahnya.

Tatkala dia mendapat jawapan daripada ayahnya itu, maka bermulalah langkah pertamanya dalam mengharungi dakwah untuk menyedarkan rakan-rakan dalam forum kesedaran, golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Komen:

Sebuah novel yang mempersembahkan persoalan ketuhanan kepada para pembaca. Sarat dengan falsafah dan pertembungan antara golongan yang beriman kepada Allah dengan golongan forum kesedaran yang menyebarkan fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Sebuah karya yang amat menarik namun perlukan sedikit perhatian dari pembaca untuk memahami persoalan yang ditimbulkan watak-watak dalam Novel ini. Cuma pengarang novel ini sepatutnya mendedahkan jawapan-jawapan Ustaz Zamri terhadap persoalan-persoalan mengenai kewujudan Tuhan yang dikemukakan Rayyan sehingga dia kembali menemui jalan petunjuk. Bagi saya jawapan tersebut amat penting untuk dijadikan pegangan kepada para pembaca agar pembaca bukan sahaja dapat menikmati plot-plot dalam novel tersebut,bahkan pembaca juga dapat memperolehi ilmu yang amat bernilai darinya.

Tahniah buat pengarang dan moga dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi.



Sunday, November 23, 2008

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha


Sinopsis:


"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk bisa dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya Ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf?."

Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf? Seorang pemuda Muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikian berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mendera iman?

Inilah novel spiritual cinta dan iman berasaskan kisah al-Qur'an yang telah dieksplorasi ke dalam beragam karakter hidup, pengalaman dan perilaku umat kontemporari. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalin ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis Muslim terkemuka saat ini, Taufiqurrahman al-Azizy, yang telah berhasil membangkitkan ranah sastra religius Indonesia melalui Trilogi Makrifat Cinta (Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta).

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya'kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya'kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.



Komen:


Pada mulanya perjalanan cerita ini agak hambar dan sedikit membosankan. Namun bermula dengan peristiwa Zulaikha memaki dan mencaci Yusuf dirumahnya dan dihadapan Ya'kub sendiri, cerita ini semakin sarat dengan plot-plot yang menarik. Ia mempersembahkan sebuah cinta yang indah berlandaskan syariat. Di sana turut menguji kesetiaan seorang sahabat bernama Umar. Novel yang cukup menarik untuk dibaca oleh semua orang terutamanya muda-mudi yang sedang mencari cinta.

Tahniah buat Taufiqurrahman kerana telah berhasil mempersembahkan karya yang menarik. Saya doakan beliau agar terus dapat menghasilkan karya-karya Islami yang lebih menarik lagi!!

Thursday, November 13, 2008

Wasiat Buat Isteri Tercinta 6


Dengan nama Allah, Tuhanku dan juga Tuhanmu, aku mulakan bicara ini. Selawat dan salam yang berkekalan selamanya buat Rasulullah, ahli keluarga baginda yang disucikan Allah dan para sahabatnya yang dimuliakan.

Sayang...
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya kita lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak akan berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Namun jalannya tidaklah senang sekiranya tanpa petunjuk Tuhan yang memandu arah agar ditemui jalan kerdhaanNya.

Sayang...
Binalah kehidupan ini atas dasar cinta. Cinta yang mendambakan keredhaan Tuhan. Hiduplah dalam cintaNya, nescaya engkau akan dijemput untuk menemuiNya dengan penuh kecintaan. Berilah hatimu itu ruang untuk diisikan dengan cintaNya. Cinta yang ingin meraih sebuah pertemuan dengan Sang Kekasih Yang Maha Mulia. Cinta yang menyibukkan jiwamu dengan kerinduan yang tulus tidak pernah padam.

Sayang...
Tidak diketahui bilakah telah Tuhan noktahkan penghujung kehidupan ini. Ia adalah rahsia daripada rahsia- rahsia Tuhan yang tersembunyi. Oleh persiapkanlah dirimu dengan segala perbekalan amal untuk sebuah perjalanan yang jauh. Aturkan urusanmu dengan Tuhanmu nescaya Dia akan mengatur kehidupan duniamu. Penuhilah hak Tuhanmu setiap waktu, nescaya Tuhanmu tidak akan melupakanmu sama ada ketika kamu susah atau senang.

Sayang...
Tiadalah sebesar anugerah buatmu kecuali keredhaan Tuhanmu. Alangkah beruntungnya dirimu tatkala itu kerana dirimu tiada nilainya jika dibandingkan dunia dan seisinya. Sehingga itu kudoakan buatmu, moga ianya benar-benar anugerah Tuhan itu benar-benar menjadi milikmu.

Seruling Senja
07/11/2008
1.26 Petang
Masjid Jami', Paya Rambai.

Sunday, November 9, 2008

Kalam Cinta Daripada Tuhan


Kalam Cinta daripada Tuhan merupakan suatu kisah yang gambarannya menyentuh kalbu, dan berkisar pada perkara yang berlaku pada masa ini. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan mahasiswa-mahasiswa di Universiti Islam Negeri (UIN), Indonesia.

Kisah cinta yang melanda para mahasiswa tanpa terjebak dalam nafsu dan syahwat haiwani, tetapi berorientasikan makna cinta dan kehidupan. Kisah cinta dihuraikan dalam perilaku-perilaku yang bermoral, memanfaatkan cinta sebagai semangat hidup untuk terus berjuang dan berkarya, dan mengaplikasikan kesejatian cinta. Masalah yang melanda tokoh utamanya, Jony, biasa terjadi kepada kebanyakan pelajar. Masalah cinta dan jati diri, masalah biasiswa dan wang kiriman, masalah masa hadapan, dan sebagainya.

Gambaran tentang keadaan sekililing, rumah sewa yang padat dengan penyewa dan keakraban para penghuninya sungguh realistik. Juga gurauan, ungkapan, dan amalan para pelajar di rumah sewa. Latar belakang cerita UIN Ciputat juga sangat jelas dan mudah difahami, seolah-olah hasil suatu penelitian yang serius atau yang diambil daripada pengalaman langsung. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga segi sejarah dan falsafahnya. Daripada semua itu, yang paling menyenangkan adalah rujukan-rujukannya, cukup terperinci dan argumentatif.

Semangat tauhid juga sangat kental dalam novel ini. Diceritakan dengan cara yang memukaukan dalam bingkai kisah pergolakan batin seorang insan. Mengurai sesuatu berlandaskan agama Islam dengan cara yang mudah dan sederhana, dan memotivasi diri setiap pembaca. Menggerimiskan kalbu dan menghidupkan akal.

Kisah yang berkisar dikalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta. Watak utamanya Alim Murtadhany atau lebih dikenali dengan panggilan Jony dikalangan teman-teman yang merupakan palajar Jurusan Pendidikan Fakulti Tarbiyah yang mendepani liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswa. Dia juga terpaksa menghadapi hambatan cinta dari Revy Lestari, Betty dan Puan Rita.

Pelbagai alasan yang diberikan Jony kepada mereka agar terlepas dari belenggu cinta terutama tanggungjawab terhadap keluarganya yang miskin. Memikirkan tentang Ali dan Haidhar menambahkan lagi bebanan fikiran Jony. Dia terpaksa mengambil upah sebagai penaip tesis secara sambilan untuk menampung perbelanjaan harian di kampus kerana tidak mahu membebankan bapanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk dan bahan lusuh.

Revy yang ingin dijodohkan oleh orang tuanya dengan lain telah memberontak kerana dia hanya mencintai Jony. Manakala bapa Revy, Dany pula secara tidak sengaja telah meminta pertolongan ayah Jony, Sana untuk mengatasi masalah Revy. Sana merupakan senior kepada Dany sewaktu belajar dulu telah memberikan nasihat yang berguna kepada Dany menyebabkan Dany telah menawarkan Revy sebagai menantu Sana. Kedua-dua mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa anak-anak mereka, Jony dan Revy saling mencintai satu sama lain. Sana berkeras menolak rancangan itu kerana pada pandangannya Jony dan Revy tidak sekufu. Revy anak Dany adalah dari keluarga orang kaya manakala Jony pula hanyalah sekadar anak seorang pencari bahan lusuh dan besi buruk sahaja.

Akhirnya kedua-dua mereka telah dipertemukan secara tidak sengaja dirumah Dany sewaktu meraikan kesyukuran Jony di hari konvokesyennya. Di situlah mereka mendapat restu kedua-dua keluarga.


Komen:

Pada permulaan ceritanya agak hambar sedikit kerana ianya menggambarkan sesuatu tempat dengan terperinci sekali dan ianya sedikit membosankan.

Dalam perjalanan cerita tersebut, timbul beberapa persoalan. Pertamanya Jony sebagai mahasiswa Fakulti Tarbiyah tidak seharusnya membenarkan kawan-kawan wanitanya yang bukan muhrim tidur dibiliknya. Walaupun Jony tidak melakukan apa-apa dengan mereka, namun berdua-duaan begitu adalah salah di sisi Islam.

Keduanya, sebagai mahasiswa fakulti tarbiyah Universiti Islam Negeri, seharus dan sepatutnya menjadikan ulama-ulama Islam sebagai contoh sebagai panduan hidup. Bukannya menjadikan Da Vinci sebagai ikutan dan idola.

Penulis novel ini cuba untuk mempersembahkan sebuah kisah cinta yang berlatar belakang Islam, namun ianya masih belum mencapai matlamat. Novel ini masih belum dapat menandingi novel-novel karya Habiburrahman el-Shirazy mahupun Taufiqurrahman al-Azizy.


Thursday, November 6, 2008

Mengapa Tidak Berhijab?


Jika salah seorang di antara wanita ditanya, mengapa dia tidak berhijab? Maka saudari yang terhormat ini akan menjawab: "Ah, iman itu letaknya di hati". Ini adalah jawaban yang paling sering dilontarkan para wanita muslimah yang belum berhijab. Di bawah ini akan kita bahaskan kekeliruan tersebut.

Sumber Kekeliruan:Mereka berusaha menafsirkan sebagian hadith, tetapi tidak sesuai dengan yang dimaksudkan. Seperti dalam sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk-bentuk (lahiriah) dan harta kekayaanmu, tetapi Dia melihat pada hati dan amalmu". Nampaklah, bahawa mereka menggugurkan makna yang semestinya, iaitu kebenaran yang dipesongkan kepada kebatilan.

Memang benar, iman letaknya dalam hati, tetapi iman itu tidak sempurna bila dalam hati saja. Dengan hadith ini Rasulullah SAW hendak menjelaskan makna keikhlasan bagi diterimanya suatu amal perbuatan. Allah tidak melihat bentuk-bentuk lahiriah, seperti pura-pura khusyu' dalam solat dan sebagainya, tetapi Allah melihat hati dan keikhlasan niat dari segala yang selain Allah. Dia tidak menerima suatu amal perbuatan kecuali yang ikhlas untuknya semata.

Rasulullah SAW bersabda: "Taqwa itu ada di sini", seraya menunjuk ke arah dadanya" Pengarang kitab Nuzhatul Mutraqin berkata: "Hadith ini menunjukkan, pahala amal tergantung keikhlasan hati, kelurusan niat, perhatian terhadap situasi hati, kejelasan tujuan dan kebersihan hati dari segala sifat tercela yang dimurkai Allah" Definisi Iman tidak cukup hanya dalam hati. Iman dalam hati semata tidak cukup menyelamatkan diri dari Neraka dan mendapatkan Syurga.

Definisi Iman menurut jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah : "Keyakinan dalam hati, pengucapan dengan lisan dan pelaksanaan dengan anggota badan". Definisi ini terdapat dalam setiap buku akidah (tauhid), kecuali buku-buku yang menyimpang dan tidak berdasarkan manhaj (method) Ahlus Sunnah wal Jama 'ah. Kesempurnaan Iman dalam tasawwur (gambaran) kita, orang yang mengatakan iman dengan lidahnya, tetapi tidak disertai keyakinan hatinya, itu adalah keadaan orang-orang munafik. Demikian pula orang yang beramal hanya sekadar aktiviti anggota tubuh, tetapi tidak disertai keyakinan hati, itu merupakan keadaan orang-orang munafik.

Pada masa Nabi SAW, mereka sentiasa solat bersama beliau, berperang, mengeluarkan nafkah, pulang pergi bersama kaum muslimin, tetapi hati mereka tidak pemah beriman kepada agama Allah. Kepada mereka, Allah menghukum sebagai orang-orang munafik, dan balasan untuk mereka adalah berada di dasar Neraka. Demikian pula orang yang beriman hanya dengan hatinya tapi tidak disertai dengan amalan anggota badan. Ini adalah keadaan iblis. Dia percaya pada kekuasaan Allah, Dzat yang menghidupkan dan mematikan. Dia meminta penangguhan kematiannya, dia juga percaya terhadap adanya hari Kiamat, tetapi dia tidak beramal dengan anggota tubuhnya. Allah berfirman bermaksud:"LA (iblis) enggan dan takabur dan dia termasuk golongan orang-orang kafir".(Al Baqarah:34)

Dalam Al Qur'an setiap kali disebutkan kata iman, selalu disertai dengan amal, seperti: "Orang yang beriman dan beramal saIih ...........Amal selalu beriringan dan merupakan konsekuensi iman, keduanya tidak dapat dipisah-pisahkan. Kepada saudari yang belum berhijab dengan alasan "iman itu letaknya di hati", kami hendak bertanya, andai kata seorang guru besar sekolah memintanya membuat laporan, atau mengawasi murid-murid, atau memberi pelajaran kokurikulum, atau menjadi pengganti guru yang tidak dapat hadir atau ada pekerjaan lain, logikkah jika dia menjawab: "Dalam hati, saya terima dan sudah faham terhadap apa yang diminta oieh guru besar kepadaku, tetapi aku tidak mahu melaksanakan apa yang dikehendakinya dariku". Apakah jawaban ini dapat diterima? Lalu apa akibat yang bakal menimpanya? Ini sekadar contoh dalam kehidupan manusia. Lalu bagaimana jika urusan ini berhubungan dengan Allah, Tuhan manusia yang memiliki sifat Yang Maha Tinggi?

Ditulis Syaikh Abdul Hamid Al Bilaly.

Dipetik dan diedit dari Haluan Tarbawi