Wednesday, January 27, 2010

Bukan Buku Tapi SIS Yang Perlu Diharamkan



Hari ini saya ada membaca satu berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan pengharaman buku Muslim Women And The Challenge Of Islamic Extremism (Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau) oleh Jakim.

Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam. Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.

Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Jakim sepatutnya meneliti masalah ini dengan lebih mendalam lagi serta kesan dan akibatnya kepada masyarakat. Telah banyak artikel dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sister In Islam (SIS) itu yang bercanggah dengan pandangan ulama-ulama muktabar.

Adakah memadai dengan hanya sekadar menasihati masyarakat umum mengenai kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam buku itu sahaja tanpa mengguna pelbagai saluran lain untuk menyekat menyebaran buku tersebut dari pasaran seterusnya mempengaruhi minda masyarakat kita yang semakin lemah sekarang ini.

Jakim masih boleh membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa khusus mengenai hal ehwal Islam bagi memastikan kesahihan kandungan buku tersebut serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jakim tidak sepatutnya hanya sekadar mengalah begitu sahaja sedangkan masih banyak jalan lain yang terbentang sehinggalah kepada mencadangkan kepada majlis fatwa untuk mengharamkan SIS tersebut.

Saya tidak nampak kenapa Jakim tidak boleh berbuat demikian kerana jabatan tersebut mempunyai tenaga kepakaran yang mencukupi untuk membawa perkara ini ketengah. Melainkan Jakim tidak mahu bertindak kerana mempunyai agenda-agenda tertentu.

Saya yakin dan percaya sekiranya Jakim tidak mengambil tindakan segera ianya tiada beza dengan penularan fahaman ajaran sesat dalam masyarakat. Oleh itu Jakim perlu bertindak segera sebelum terlambat.

Friday, January 22, 2010

Selamat Jalan Astora Jabat



Semalam, Harakahdaily melaporkan Astora Jabat atau nama sebenarnya Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” telah kembali ke kampong halamannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand. Beliau dilaporkan akan menyertai parti politik Thailand untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. 

 Astora Jabat yang amat terkenal sebagai salah seorang pengaran Utusan Malaysia dan majalah al-Islam suatu ketika dulu telah menimbulkan banyak konstraversi serta kekalutan pemikiran dalam masyarakat. Tulisan- tulisannya yang kebanyakkan bercanggah dengan pendapat ulama- ulama muktabar serta krtitikan- kritikannya terhadap ulama-ulama seperti Imam as-Syafie, Imam al- Ghazali dan sebagainya. 

Ramai ulama-ulama dan cendekiawan Malaysia yang telah menjawab tulisan-tulisannya yang telah mengharu- birukan masyarakat. Antara fatwa yang dikeluarkannya ialah para wanita tidak wajib untuk menudung rambut mereka.

Semenjak dia tidak lagi menjadi pengarang di Utusan Malaysia, maka senyaplah ruangan- ruangan tulisannya yang amat mengelirukan. Terasa lagi hati saya apabila dikhabarkannya telah pulang ke kampong halamannya itu.  


Friday, January 8, 2010

Tausyyiah Buat Sang Putera
















(Khas untuk Habib Muhamad Izzat Dhiaulhaq al-Kubra & Habib Dzul Wahyu Hidayah Fakrul Nizami al-Kubra di Majlis Haflatul Kiram.)

Duhai Anak… 

Sesungguhnya perjalanan hidupmu masih terlalu jauh dan masih banyak yang belum kamu pelajari. Tiadalah sebaik-baik bekal yang ingin kami titipkan buatmu melainkan bait-bait pesanan yang penuh kasih dan sayang kami sebagai pedoman dikala berjauhan agar nanti dirimu bisa menapaki jalan perjuangan hidup. 

Duhai Anak... 

Bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya taqwa itu akan menyelamatkan kamu. Ikutilah sunnah Rasulmu walaupun dalam kesusahan sesungguhnya ia adalah jaminan buatmu. Ingatlah olehmu akan harapan kami, kerana ianya suatu sumpah yang perlu dirimu pertanggungjawabkan. 

Duhai Anak… 

Tidak kami harapkan habuan dunia darimu buat kami atas segala apa yang telah kami lakukan untukmu. Namun memadailah bagi kami untuk melihat dirimu berjaya dalam kehidupan dunia dan dapat menjamin akhiratmu. Serta berkat doa yang dirimu pohonkan kepada Tuhan buat kami kerana kami tidak mampu menanggung azab seksa Tuhan. 

Duhai Anak… 

Banggakanlah kami dengan penuh kesyukuran dihadapan Tuhan nanti kerana kami telah dianugerahkan Tuhan dirimu seumpama permata yang kemilau dalam keluarga kami dan bukan membuatkan kami diselubungi duka dengan takdir Tuhan kerana dirimu lahir dari keturunan kami. 


29/12/2009  
3.00 petang 
Kota Bharu, Kelantan.









Wednesday, January 6, 2010

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.


Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites

Alor Star Kedah


1) Ulasan/Hujah


i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.


iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.


iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.


v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.


vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.


viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.


ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.


x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.


xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.


xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


2) Keputusan


i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.


ii. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan.