Tuesday, May 12, 2009

Muhasabah Di Pengkebumian


Apa yang ingin dimegahkan dengan dunia kiranya hanya tiga helai kain yang dibawa bersama ke liang lahad. Sehebat mana pun kita, hanya keseorangan diri menanti hari kebangkitan. Kalau hanya nesan yang kaku mati berdiri tanpa apa-apa erti buat si mati sekadar tanda disitulah jasad telah disemadi.

Di sini tiada bezanya yang kaya atau misikin, tua atau muda ditinggalkan orang tersayang. Kalau beruntung, mujur ada sedikit amal untuk dijadikan bekal sementara menunggu saat pertemuan. Itu pun belum tentu dapat mengurangkan kepanasan neraka apatah lagi untuk menangkis pukulan munkar dan nakir.

Telah bersemadi di sini nenda, ayahanda, saudara dan bakal menyusul nanti diriku sendiri. Tidak kira di tanah perkuburan ini aku akan disemadikan atau di mana-mana sahaja, namun kematian itu tetap pasti. Akan adakah nanti orang yang mendoakan aku sewaktu aku kesakitan dibarzakh? Masih sudikah orang-orang kesayanganku mengingatiku dalam doa mereka tatkala hanya namaku sahaja dibibir mereka? Alangkah takutnya aku akan saat tersebut kerana tiada siapa yang mampu menolong kecuali iman, amal, doa dan rahmat Tuhan.


Seruling Senja
05 Mei 2009
6.00 petang
Tanah Perkuburan Islam,
Kubur Dato’, Tumpat.

No comments: