Tuesday, December 29, 2009

Pesanan Isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani Buat Puterinya


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.


Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.


Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.


Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.


Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.


Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.


Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.


Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.


Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.


Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.


Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


Monday, December 21, 2009

Hikam 3: Mendahulukan Segala Cita-Cita Itu Tidak Akan Mencarikkan Kota Takdir

al-Syurnubi berkata: Hendaklah kamu berdiri mengikut yang Allah s.w.t dirikan untukmu. Tandanya ialah dapat beristiqamah dan dipermudahkan sebab-sebab daripada Yang Maha Mulia.

Ibn 'Ajibah menambah: Pengarang berasa bimbang jika terdapat seseorang menyangka bahawa himmah (cita-cita) dapat menembusi pagar qada'. Justeru itu dipertegaskan dengan hikmah ini:

سَوَابـِقُ إِلْهَمِ لاَ تَخْرِقُ أَسْوَارِ الأَقْدَارِ

Segala cita-cita terdahulu itu tidak boleh mencarikkan segala kota takdir

Hikmah ini merupakan sebab dan alasan kepada hikmah sebelumnya dan bersesuaian dengan hikmah selepasnya.

Syeikh Ibn 'Ajibah berkata: Musabbab dan Mutajarrid kedua-duanya beramal kerana Allah s.w.t, dan kedua-duanya bertawajjuh dengan benar. Bandingannya seperti dua orang hamba raja seorang disuruh beramal dan makan, manakala seorang lagi dikatakan kepadanya: Dudukklah di sisiku, pasti aku akan mencukupkan segalanya untukmu.

Walau bagaimanapun, kebenaran tawajjuh lebih kuat daripada mutajarrid kerana sedikit rintangan dan pergantungan sepertimana yang dimaklumi.

Sementara هِمَّةُ الْفَقِيْرِ الْمُتَجَرد selalunya benar dan selamat daripada kesilapan sepertimana sabda Rasullah s.a.w:

إِنَّ لِلَّهِ رِجاَلاً لَوْ أَقْسَمُوْا عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُمْ فِيْ قَسَمِهِمْ


Sesungguhnya bagi Allah terdapat hamba-hamba yang taat, dan kalau mereka bersumpah atas nama Allah nesacaya ditunaikan sumpah mereka.

Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

رُبَّ أَشْعَتَ أَغْبَرَ مَدْفُوْعٍ بـِالأَبْوَابِ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ

Mungkin seorang lelaki selekeh, tubuhnya berdebu, yang tidak dihiraukan orang (yang ditolak dari pintu), sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah nescaya akan ditunaikannya.

(Hadis riwayat Muslim)

Syeikh kami berkata: Allah s.w.t mempunyai hamba-hamba apabila mereka berkehendakkan sesuatu nescaya mendapatnya dengan izin Allah s.w.t.

Daripada Ibn 'Adi daripada Abi Said al-Khudri, sabda Rasulullah s.a.w:

إِتَّقُوْا فِرَاسَةُ الْمُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بـِنُوْرِ اللهِ

Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya (hidayah) Allah.

(Riwayat al-Bukhari dalam at-Tarikh al-Kabir dan al-Tirmizi dalam al-Sunan)


Dipetik dari bukuأَحاَسِنُ الْكَلِمِ oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri


Jangkitan


Saya baru sahaja pulang dari menderma darah di Tabung Darah Wilayah Timur, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) Kota Bharu, Kelantan. Ketika saya sedang dalam proses mengisi borang untuk menderma darah, datang seorang gadis membawa sepucuk surat dari tabung darah mengatakan bahawa dia mempunyai temujanji dengan doktor hari ini.


Saya bertanyakan nurse yang bertugas di situ kenapa tiba-tiba ada orang buat temujanji dengan doktor di pusat darah? Nurse tersebut memberitahu bahawa biasanya darah yang kita dermakan akan melalui beberapa kali proses saringan sebelum disahkan benar-benar besar damn selamat untuk dibuat pemindahan kepada pesakit lain. Sekiranya pihak tabung darah mendapati darah tersebut dijangkiti oleh kuman tertentu, pihak mereka akan menghantar surat kepada pemilik darah tersebut supaya datang ke tabung darah untuk dibuat ujian bagi mengesahkannya.


Saya bertanya lagi, biasanya penderma yang mempunyai jangkitan apa akan dipanggil oleh pihak tabung darah? Nurse tersebut memberitahu lagi, biasanya penderma yang mempunyai jangkitan penyakit yang merbahaya terutamanya hepatitis dan HIV! Penjelasan nurse tersebut membuatkan hati saya sedikit kecut.


Nurse tersebut menasihati saya, jangkitan penyakit terlalu mudah berlaku sekiranya kita tidak berhati-hati terutamanya orang lelaki yang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut. Pisau cukur yang digunakan haruslah tidak dikongsi oleh pelanggan lain.


Allahu Akbar...saya bermohon kepada Allah agar dijauhkan sebarang penyakit seperti itu dari menimpa saya, orang-orang yang saya sayangi serta semua orang-orang baik di dunia ini kerana jangkitan boleh berlaku melalui pelbagai cara.



Tuesday, December 8, 2009

Rehlatul Kubra


Rehlatul Kubra: Catatan Perjalanan Ke Sulawesi I telah dipaparkan di blog Usrah Jamadilkubra. Catatan hari-hari berikutnya akan di uploadkan dari semasa ke semasa oleh Saudara Abd. Rashid al-Kubrawiy. Anda boleh mengikutinya melalui link dibawah:-

1. Rehlatul Kubra: (Hari Pertama)
2.
Rehlatul Kubra: (Hari Kedua)
3. Rehlatul Kubra : (Hari Ketiga)
4. Rehlatul Kubra : (Hari Keempat)
5. Rehlatul Kubra : (Akhir)