
Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini
[CARILAH KASIH INSAN DEMI CINTA TUHAN] Selamat Datang Ke Blog Seruling Senja. Sebarang komen, cadangan atau apa sahaja boleh dihantar kepada saya di serulingsenja2@gmail.com

Ini jawapan Syaikh Dr. Gibril Fouad Haddad berhubung penggunaan inhaler bagi yang berpuasa. Harap ada manfaatnya bagi sesiapa yang berhajat. Di akhirnya ada saranan atau jalan keluar yang beliau anjurkan untuk diamalkan oleh seseorang yang bergantung sepanjang waktu dengan penggunaan inhaler dan sebagainya tetapi masih ingin menunaikan puasa mengikut pendapat ulama yang berfatwa bahawa penggunaan tersebut tidak membatalkan puasa.
ady fatwa's for allowing intramuscular antibiotic medications during fasting and why should this be any different. In other words, what constitutes the break of a fast in Fiqh? The reasoning about the inhalator would apply to cigarettes as well, over which there is consensus that they break the fast. The allowance of intramuscular and intraveinous medications is similar to the allowance of eyedrops, i.e. eyes and veins are not considered to be among the normal openings of the body (although, even in the latter perspective, certain tooth and gum medications have been allowed - an inhalator dispensation might go the same route, not sure). Contrariwise, it has also been replied that injections do break the fast if consisting in sedative, or glucose. About the inhaled bronchodilator medication; the issues are these:
Inilah hukumnya bagi seumpama penghidap asthma apabila terpaksa menggunakan inhaler sewaktu berpuasa. Dan inilah yang difatwakan oleh banyak ulama kita termasuklah oleh Darul Ifta` al-Mishriyyah melalui Syaikh Dr. Ali Jum`ah Muhammad hafizahUllah, mufti Mesir, yang menyebut antara lain:-وكل ما دخل إلى جوف الإنسان عن طريق فتحة طبيعية مثل الفم والأنف والأذن فإنه يكون مفطرا والبخاخات التي تستعمل في مثل الحالات التي ذكرت في السؤال تدخل رزازا إلى جوف الإنسان مما يؤدي إلى فطر من استعملها وعدم انعقاد صيامه............... فإن البخاخات المستعملة في مثل هذه الحالات مفطرة للصائم
Dan setiap apa yang masuk ke dalam rongga seseorang insan melalui jalan yang terbuka secara semulajadi seperti mulut, hidung dan telinga, maka jadilah ianya membatalkan puasa. Penyembur (inhaler / spray) yang digunakan seumpama dalam situasi yang disebut dalam pertanyaan (yakni penggunaan inhaler bagi penghidap asthma) memasukkan sesuatu semburan ke rongga seseorang insan yang membawa kepada batalnya puasa sesiapa yang menggunakannya .... Sesungguhnya penyembur yang digunakan dalam situasi ini membatalkan puasa orang yang berpuasa.
Jika ubat yang digunakan dengan perantaraan penyembur (spray) tersebut sampai ke rongga seseorang melalui mulut atau hidung, maka ianya membatalkan puasa. Jika tidak sampai sesuatu daripadanya ke rongga, maka tidaklah ianya membatalkan puasa. Dalam situasi batalnya puasa, maka wajiblah seseorang itu mengqadha`nya pada hari-hari lain setelah hilang penyakitnya. Jika penyakitnya itu berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, maka menurut hukum syarak tidaklah wajib atasnya untuk berpuasa, tetapi dia diwajibkan mengeluarkan fidyah berupa memberi makanan untuk siang dan malam kepada orang miskin sebanyak hari yang dia tidak berpuasa itu.
Syaikh 'Athiyyah Saqr rahimahUllah, mantan ketua Lujnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif, pun menyatakan pendapat yang sama dengan yang diutarakan oleh Mufti Dr. 'Ali Jum`ah di atas. Di mana dalam himpunan fatwa beliau "Ahsanul Kalaam fi al-Fatawaa wal Ahkam", beliau menyatakan antara lain:-فقد قال العلماء: نقط الأنف والبخار الذي يشم من إصبع الربو يبطل بهما الصيام، وإذا كان المريض لا يستغني عنهما في الصيام؛ جاز له الفطر وعليه القضاء بعد الشفاء من المرض، وإن كان المرض مزمنا لا يرجى شفاؤه كان له الفطر، وعليه الإطعام عن كل يوم مسكيناPara ulama telah berpendapat ubat titik hidung dan wap (yakni wap ubat / nebulizer ) yang disedut oleh penghidap asthma membatalkan puasa. Apabila si pesakit terpaksa menggunakannya tatkala berpuasa, maka haruslah dia berbuka dan hendaklah dia mengqadha` puasanya setelah dia sembuh dari penyakit. Jika sekiranya sakitnya berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh, pesakit tersebut tidak perlu berpuasa, dia hendaklah membayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari (yang dia tidak berpuasa)

فالبخاخ مفطر للصائم، فإذا احتاج إليه المريض حاجة كبيرة في نهار رمضان ولم يغن غيره عنه، فله الفطر ثم القضاء بعد العيد. وعند العجز الدائم عن الصوم تجب الفدية.Penyembur ubat (inhaler) itu membatalkan puasa orang yang berpuasa. Maka apabila orang sakit itu sangat memerlukannya pada siang hari Ramadhan dan tidak ada cara lain selain daripada menggunakannya, maka dia boleh berbuka kemudian mengqadha` puasanya selepas hari raya. Sekiranya dia lemah daripada berpuasa selamanya, wajiblah dia membayar fidyah.
Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.
