Wednesday, July 30, 2008

Novel Takluk Jagat

Sinopsis:

Watak utamanya Bayu Adi Jata selaku waris mutlak sebilah keris keramat yang ditempa khas oleh kaum buniah bernama Takluk Jagat. Pemburuan Bayu bagi mencari pencuri Takluk Jagat yang turut membunuh datuknya telah ditemani oleh seorang puteri bunian yang bernama Ariasha Cinta Castra serta seorang pendekar waris terakhir Rumah Helang Tunggal, Zilastra Dunia Kencana.

Senjata keramat yang dimiliki mempengaruhinya. Hati yang baik dan pemurah telah dikelabui dendam. Pada saat itu kekuatannya meningkat berkali-kali ganda. Anak matanya berubah daripada hitam kepada kelabu. Dia bersumpah akan menghapuskan sesiapa sahaja yang dambakan Takluk Jagat, termasuk keluarganya sekali, demi melindungi kaum Bunian. Dan pemimpin kaum Bunian turut bersumpah akan sedaya upaya menunaikan apa sahaja permintaannya.

Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan yang baru ditabalkan itu masih belum berpuas hati. Dihulurkan tangan kirinya dan dengan segera Indera Bumi berubah bentuk. Ukiran-ukirannya menjalar membentuk zirah di tangan kirinya. Namun, ia tidak berhenti di situ. Ukiran-ukiran itu terus menjalar sehingga meliputi bahagian hadapan dan belakang dadanya, sehingga kelihatan seperti sebahagian baju zirah yang berkilauan.Di medan tempur, angkatan Sedinggi dan Dasyuria bekerjasama. Melupakan segala sengketa lama. Mereka dibantu kaum Bunian dan Pemusnah Jiwa. bersabung nyawa menentang Sigorong di Wilayah Dakawa.

Tanah Ini (semesta Takluk Jagat, seperti Middle-earth dalam LOTR) didiami oleh tiga kaum utama: Manusia, Bunian dan Sigorong. Bunian, sebagaimana yang kita tahu, adalah kaum yang tinggal di dimensi lain di dalam hutan, orang-orangnya cantik dan kacak, serta tinggal di istana. Walaupun wujud dalam mitologi Melayu, ciri-ciri Bunian ini, sedikit sebanyak sama dengan karakteristik kaum Elves dalam mitologi Barat. Segala mitos berkaitan Bunian, seperti kerjanya menyesatkan orang di hutan, dan menggunakan burung sebagai pemantau, dimuatkan dalam novel ini. Manakala Sigorong, dalam Takluk Jagat, adalah makhluk hitam (bukan sekadar warna, malah sifatnya) yang masuk ke dalam tubuh manusia yang mengamalkan ilmu pendamping. Apabila seekor Sigorong bergabung dengan seorang manusia, kekuatannya menjadi berkali-kali ganda lebih kuat daripada manusia biasa.Selain makhluk-makhluk mitos, elemen biasa dalam novel fantasi adalah elemen senjata dan magik (sword & sorcery). Jika LOTR menampilkan senjata-senjata barat seperti pedang dan panah, Takluk Jagat pula menonjolkan senjata-senjata Melayu seperti keris dan lembing. Judul siri ini sendiri adalah nama sebilah keris sakti yang menjadi buruan pelbagai pihak. Dan sekiranya LOTR menonjolkan magik ala-barat oleh wizard seperti Gandalf dan Saruman, Takluk Jagat pula mengetengahkan magik-magik Melayu seperti ilmu pendamping, dan jurus-jurus ilmu batin.Bagi membolehkan jurus-jurus ilmu batin itu berfungsi, pengamalnya perlu membaca mantera tertentu.

Dalam Takluk Jagat, mantera-mantera ini ditulis dalam bentuk pantun enam kerat, yang menambahkan keindahan novel fantasi Melayu ini.Pada asalnya, buku 1 dan 2 dalam siri ini adalah buku pertama dalam trilogi Takluk Jagat. Judul asalnya Bisikan Indera Bumi. Tetapi kerana ia agak tebal (hampir 800 muka surat!), ia diterbitkan sebagai dua buku. Bisikan Indera Bumi kini dipecahkan menjadi Bisikan Ariasha dan Amukan Indera Bumi. Barangkali, dari sebuah trilogi, siri ini akan bertukar menjadi enam buku.Kisahnya berkisar di Tanah Ini. Ia meliputi wilayah Dasyuria, Sedinggi, dan Dakawa yang didiami Manusia, serta wilayah Dilasri dan Kaswana yang didiami Bunian. Sigorong pula datang dari wilayah Sugalimba. Buku 1 (Bisikan Ariasha) lebih kepada personal quest sang hero memburu pembunuh datuk, yang turut mencuri keris pusakanya. Dalam kembaranya, dia berjumpa Zilastra, dan puteri Bunian (Ariasha) yang turut menyertai misinya. Buku 2 (Amukan Indera Bumi) pula tentang peperangan terbesar di Tanah Ini antara angkatan Dasyuria dan Sedinggi yang dibantu tentera Bunian, menentang angkatan Dakawa yang dibantu bala tentera Sigorong. Kedua-dua buku mengandungi peta Tanah Ini bagi memudahkan pembaca membayangkan laluan kembara watak-wataknya.

Novel ini banyak twist dan sub-plot. Sepanjang kembara heronya, satu demi satu watak baru diperkenalkan, dan di hujung cerita, pembaca pasti terkesima dengan love-hate relationship antara watak-watak itu!
Komen:
Saya cukup takjub dengan penulis novel ini yang mampu mempersembahkan satu novel persilatan. Gaya bahasa dahulu kala yang mudah difahami serta turut mempunyai unsur-unsur humor, sedih, tragis dan dramati. Saya amat meminati kedua-dua novel ini dan saya sarankan kepada anda semua supaya turut membacanya. Saya pasti, anda tidak akan kecewa.

11 comments:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

saya baru sahaja menamatkan Takluk Jagat 2 lebih kurang pukul 2.00 pagi semalam. memang best! rugi kalau tak baca.

zaki zainol aka kangaq said...

Terima kasih kerana mendapatkan siri Takluk Jagat dan juga komen saudara. Saya amat menghargainya :)

Anonymous said...

Salam saudara,
Dimana saya boleh dapatkan novel2 nie?? Kalau tak silap saya nama Takluk Jagat nie kan dalam komik berita minggu lukisan Zoy. Baru minggu lepas saya dab adik saya berbual-bual alngkah bagusnya kalau siZoy nie keluarkan sebuah komik kisah lengkap siTakluk Jagat, bukan apa, jalan cerita dan istilah bahasanya memang melayu jati, bagus buat bacaan anak2 kita!, Rupa2nya ada novel, trilogi pulak tu...macamana ana boleh terlepas pandang!!? Anyway, dari ulasan seruling senja tu, buat hati nie rasa tak sabar nak "tangkap" buku2 tu...terima kasih saya dulukan bagi yang sudi membantu..!

Seruling Senja said...

Salam...saudara boleh mendapatkan novel tersebut dikedai-kedai buku yang popular. Saudara juga boleh membeli secara online melalui web PTS.
Tapi cerita Takluk Jagat tulisan Zoy dalam Berita Minggu itu adalah lain dari novel Takluk Jagat. Cerita dan jalannya berlainan serta berbeza.
Saya pun seperti saudara juga, alangkah bagusnya kalau Zoy tu buat buku mengenai kisah Takluk Jagat dan Lang Kuik Si Kuda Hitam.

Agus@ kayu jabon said...

mampir nich...
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam....

Anonymous said...

sehingga kini saya masih belum berjumpa koleksi kartun zoy yang dibukukan. karya dia best. kalau ada harap maklumkan. pasti meletup. sekarang dah kisah Iblis Tujuh Nyawa

anggerik desa said...

Suami beli novel saga takluk jagat ni hujung bulan nov lalu, saya ketawakan dia. Tapi kerana saya minat membaca dan curious, saya cuba2 membaca novel itu. Alih2 saya yg khatam dulu, 2-3 hari je.
Best, teknik penulisan dan gaya bahasa yg penulis gunakan memang menarik. Malah, selepas khatam novel itu saya tercari2 pula novel seumpamanya oleh penulis yg sama. Ada ke?

Meor firdaus said...

saya bru saja baca buku nie....mmg seronok n jalan cerita menarik...
,karakter2 lam tue smua bgus2......

MEL HASLINA AL-IDRUS said...

menarik,,walau sebenarnya tiada nama bunian sepanjang nama wanita bunian tersebut :)

Brader John said...

Salam... Sy dh khatam bhgian 2,amukan indera bumi. Masa beli buku tu,ada yg bhgian 2 je.seari pas beli,sy order plak kat online bhgian 1&2 yg dh di kompilasikan.. Skrg tgh layan Bisikan Ariasha plak.. Mmg best citer Takluk Jagat ni.. Tahniah kpd Zaki Zainol yg telah menghasilkan novel yg sngt bagus dgn gaya bahasa yg cukup indah.. Bole bljr bnyak bahasa kiasan dlm novel ni.. Tahniah ZZ..

Unknown said...

Sya da bce 3 hri lepas bku ni hmpir 5 kali dlm 3 hri,kat mane sye ble cri smbunga die?