Thursday, July 3, 2008

Tazkirah Di Malam Pertama


Baru-baru ini saya menerima banyak undangan majlis perkahwinan sahabat-sahabat membuatkan saya terkenang hari bahagia saya 3 tahun yang lalu. Ketika itulah saya teringatkan tazkirah malam pertama yang saya sampaikan buat isteri tersayang usai solat maghrib yang di imamkan saya dan bermakmumkan isteri tersayang. Tazkirahnya lebih kurang begini:

" Sayang... pada hari ini telah sah hubungan kita atas nama Allah yang menghalalkan segala yang haram diantara kita suatu ketika dahulu. Pada hari ini juga telah berpindahlah tanggungjawab ketaatan mu terhadap kedua orang tuamu kepada suamimu ini. Ingatlah sayang.. ketika ini abang adalah pintu utama yang harus dirimu lalui untuk memasuki taman syurga yang indah. Maka taatilah daku selepas Allah dan Rasulmu. Taatilah daku sepenuh hatimu selagimana tiada suruhan kejalan maksiat yang kuarahkan dan selama mana daku tidak durhaka kepada Allah dan Rasulku.

Sayang... ketahuilah olehmu bahawa suamimu ini hanyalah lelaki biasa yang tidak punyai apa-apa kelebihan. Maka terimalah kelemahanku ini seadanya aku dan maafkanlah daku atas segala kesalahan yang bakal aku lakukan. Namun begitu, hendaklah dirimu ketahui wahai sayang bahawa kupunyai sekeping hati yang kusimpan padanya cinta, kasih dan sayangku padamu."

Semoga tazkirah ini akan menjadi panduan dan pengajaran buat kita semua.

No comments: