Wednesday, January 27, 2010

Bukan Buku Tapi SIS Yang Perlu Diharamkan



Hari ini saya ada membaca satu berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan pengharaman buku Muslim Women And The Challenge Of Islamic Extremism (Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau) oleh Jakim.

Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam. Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.

Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Jakim sepatutnya meneliti masalah ini dengan lebih mendalam lagi serta kesan dan akibatnya kepada masyarakat. Telah banyak artikel dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sister In Islam (SIS) itu yang bercanggah dengan pandangan ulama-ulama muktabar.

Adakah memadai dengan hanya sekadar menasihati masyarakat umum mengenai kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam buku itu sahaja tanpa mengguna pelbagai saluran lain untuk menyekat menyebaran buku tersebut dari pasaran seterusnya mempengaruhi minda masyarakat kita yang semakin lemah sekarang ini.

Jakim masih boleh membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa khusus mengenai hal ehwal Islam bagi memastikan kesahihan kandungan buku tersebut serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jakim tidak sepatutnya hanya sekadar mengalah begitu sahaja sedangkan masih banyak jalan lain yang terbentang sehinggalah kepada mencadangkan kepada majlis fatwa untuk mengharamkan SIS tersebut.

Saya tidak nampak kenapa Jakim tidak boleh berbuat demikian kerana jabatan tersebut mempunyai tenaga kepakaran yang mencukupi untuk membawa perkara ini ketengah. Melainkan Jakim tidak mahu bertindak kerana mempunyai agenda-agenda tertentu.

Saya yakin dan percaya sekiranya Jakim tidak mengambil tindakan segera ianya tiada beza dengan penularan fahaman ajaran sesat dalam masyarakat. Oleh itu Jakim perlu bertindak segera sebelum terlambat.

No comments: