Friday, January 8, 2010

Tausyyiah Buat Sang Putera
















(Khas untuk Habib Muhamad Izzat Dhiaulhaq al-Kubra & Habib Dzul Wahyu Hidayah Fakrul Nizami al-Kubra di Majlis Haflatul Kiram.)

Duhai Anak… 

Sesungguhnya perjalanan hidupmu masih terlalu jauh dan masih banyak yang belum kamu pelajari. Tiadalah sebaik-baik bekal yang ingin kami titipkan buatmu melainkan bait-bait pesanan yang penuh kasih dan sayang kami sebagai pedoman dikala berjauhan agar nanti dirimu bisa menapaki jalan perjuangan hidup. 

Duhai Anak... 

Bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya taqwa itu akan menyelamatkan kamu. Ikutilah sunnah Rasulmu walaupun dalam kesusahan sesungguhnya ia adalah jaminan buatmu. Ingatlah olehmu akan harapan kami, kerana ianya suatu sumpah yang perlu dirimu pertanggungjawabkan. 

Duhai Anak… 

Tidak kami harapkan habuan dunia darimu buat kami atas segala apa yang telah kami lakukan untukmu. Namun memadailah bagi kami untuk melihat dirimu berjaya dalam kehidupan dunia dan dapat menjamin akhiratmu. Serta berkat doa yang dirimu pohonkan kepada Tuhan buat kami kerana kami tidak mampu menanggung azab seksa Tuhan. 

Duhai Anak… 

Banggakanlah kami dengan penuh kesyukuran dihadapan Tuhan nanti kerana kami telah dianugerahkan Tuhan dirimu seumpama permata yang kemilau dalam keluarga kami dan bukan membuatkan kami diselubungi duka dengan takdir Tuhan kerana dirimu lahir dari keturunan kami. 


29/12/2009  
3.00 petang 
Kota Bharu, Kelantan.









No comments: