Tuesday, October 7, 2008

Wasiat Buat Isteri Tercinta 5

Segala puja dan puji buat Allah kerana tatkala ini aku masih lagi diberikan peluang untuk terus menikmati hidup ini. Selawat dan salam buat kekasihNya yang mulia melangkaui tujuh lapis langit dan bumi.

Sayang...
Ketahuilah olehmu bahawasanya Iman itu ada pasang dan ada surutnya. Hamparkanlah masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Dia akan aturkan kehidupanmu dengan baik. Jadilah wanita solehah kerana Allah dan bukan kerana manusia.

Sayang...
Jadikanlah yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang halus itu suara, yang luas itu ilmu dan yang manis itu senyumanmu.

Sayang...
Manisnya sebuah perhubungan akan terpancar daripada manisnya iman. Bukan aliran darah tetapi dipateri kerana Allah. Mampu memafkan keterlanjuran dan bersabar dengan karenah insan. Menegur dengan penuh kasihan kerana tidak mahu berpisah di hari pembalasan.

Sayang...
Jika halangan menduga perjalananmu, janganlah engkau putus asa kerana aku ada disisi setia menemanimu. Andai semangatmu gugur, genggamlah tanganku. Kita hampir kesitu.

seruling senja
23/09/2008
2.10 pm
Kota Bharu, Kelantan.

No comments: