Tuesday, March 3, 2009

Wasiat Buat Is teri Tercinta 8


Segala puja dan pujian yang memenuhi ruang langit dan bumi kupersembahkan kepada ALLAH, Tuhan yang Maha Hebat. Selawat dan salam yang berkekalan kusampaikan buat Rasul Kekasih ALLAH, juga buat ahli keluarga serta sahabat baginda yang dimuliakan.


Sayang...

Kuharapkan dirimu tidak akan jemu untuk terus membaca rangkaian wasiat-wasiat yang kutitipkan buatmu. Semoga ia menjadi panduan berguna disaat dirimu memerlukannya serta bagi menggantikan diriku untuk menemanimu sewaktu jasadku tidak lagi mampu bersamamu.


Sayang...

Disaat aku suratkan wasiat ini buatmu, jerit tangis, air mata dan darah adalah teman yang amat akrab bagi saudara seiman kita di Tebing Gaza. Sehingga ini masih belum ada sesiapa pun yang dapat menghentikan kekejaman Yahudi Israel yang saban waktu menghujani peluru-peluru dan bom keatas saudara kita di sana. Maka hendaklah dirimu ingat bahawa mereka itu adalah saudara kita dan wajiblah engkau membantu mereka walau dengan apa jua kemampuan yang kau punyai. Walaupun hanya sekadar doa dan qunut nazilah.


Sayang...

Ketahuilah oleh mu bahawa doa itu senjata orang mukmin. Jadikanlah ia kebiasaan buatmu kerana ianya salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu. Pintalah apa sahaja hajatmu kepadaNYA kerana sesungguhnya hanya DIA yang boleh mengabulkan permintaanmu itu walaupun permintaanmu itu kelihatannya mustahil dimata manusia.


Sayang...

Setiap kesusahan itu akan disusuli ALLAH dengan kemudahan. Oleh itu bersabarlah engkau atas apa jua ujian yang ALLAH timpakan buatmu kerana ia merupakan penilaian tahap keimanan dan ketaqwaanmu kepada Tuhan. Mengadulah kepadaNYA kerana sesungguhnya DIA sentiasa mendengar setiap pengaduanmu walaupun tatkala itu tiada seorang pun manusia yang sudi mendengarnya.


Sayang...

Ingatilah DIA tatkala senang, maka nescaya DIA sentiasa mengingatimu tatkala susah. Sebutlah namaNYA ketika sendirian, maka DIA sentiasa menyebutmu diketika keramaian. Tiada jaminan yang dapat membebaskan dirimu dari kepanasan neraka kecuali jaminanNYA. Sesungguhnya syurga itu dimasuki bukan kerana amal tetapi kerana rahmat dan kasih sayangNYA.



seruling senja
27/02/2009
1.33 tengahari
Masjid Mukim Telok Kitam, Kemumin.


5 comments:

Anonymous said...

Salam pengenalan saudara!

Terlebih dahulu ingin saya tahu bagaiman saudara boleh mendapat ilham menggunakan nama seruling senja?

Kebetulan, sayapun menggunakan nic yang sama.

Tahniah kerana mengujudkan blog ini. Inshaallah, ada kesempatan, saya browse thru permata2 yg ada disini.

Wassalam.

seruling senja

Seruling Senja said...

Salam..Saya telah gunakan nick name seruling senja ini sejak tahun 1990 lagi. Saya amat meminati seruling dan irama seruling. Oleh itu saya gunakannya sebagai nick name saya sehingga sekarang. Macam mana saudara boleh menggunakan nick name yang sama?

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi membalas. Actually, saya meminati nama ini masa kecik2 dulu (selain meminati bunyi seruling!).
Ceritanya begini, abang long saya ni jenis suka pergi belajar silat...zahir dan batin. Jadik konon ceritanya, selepas dia melepasi beberapa tingkatan dalam "kebatinan", maka gurunya beritahu ada dua rijalul-ghaib nak bersahabat dengannya, sorang tu namanya Wira Abadi, sorang lagi tu namanya Seruling Senja (gelaran di alam mereka)...first time dengar nama tu, wow, terus melekat dalam kepala saya nie...gitulah ceritanya.

Saya agak teruja juga bila adanya orang lain yang menggunakan nic ini...sebab rasanya jarang terdengar orang menyebutnya. Anyway, saudara Seruling Senja, saya rasa sangat gembira dapat berkenalan dengan saudara! Semoga Allah memanjangkan pengenalan ini kepada ikatan persahabatan.

seruling senja

Seruling Senja said...

Salam buat saudara seruling senja. Nampaknya sekarang kita dah berkongsi nick name. takpelah mungkin ada kelebihannya.semoga perkenalan ini terus berkekalan. cuma apalah salahnya kira saudara masukkan nick name seruling senja tu daripada terus guna 'anonymous'. apalah salahnya kalau saudara juga masukkan alamat email saudara supaya kita senang berhubungan.

Seruling Senja said...

Salam.
Saya dah cuba beberapa kali menggunakan Google identity dalam google account tapi malangnya asyik reject jer..so, just for the sake of releasing the comments, saya publish gunakan anonymous, cepat sikit.

Sebelum ini saya ada create one blogspot, semata-mata nak memudahkan posting commentslah.
Tapi blog saya tu takder apa isipun.

Saudara boleh email saya directly kalau cubaan ini clear.