
[CARILAH KASIH INSAN DEMI CINTA TUHAN] Selamat Datang Ke Blog Seruling Senja. Sebarang komen, cadangan atau apa sahaja boleh dihantar kepada saya di serulingsenja2@gmail.com
Friday, January 22, 2010
Selamat Jalan Astora Jabat

Friday, January 8, 2010
Tausyyiah Buat Sang Putera
Wednesday, January 6, 2010
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites
Alor Star Kedah
1) Ulasan/Hujah
i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang
xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah,
2) Keputusan
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Tuesday, December 29, 2009
Pesanan Isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani Buat Puterinya
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Monday, December 21, 2009
Hikam 3: Mendahulukan Segala Cita-Cita Itu Tidak Akan Mencarikkan Kota Takdir
Ibn 'Ajibah menambah: Pengarang berasa bimbang jika terdapat seseorang menyangka bahawa himmah (cita-cita) dapat menembusi pagar qada'. Justeru itu dipertegaskan dengan hikmah ini:
سَوَابـِقُ إِلْهَمِ لاَ تَخْرِقُ أَسْوَارِ الأَقْدَارِ
Syeikh Ibn 'Ajibah berkata: Musabbab dan Mutajarrid kedua-duanya beramal kerana Allah s.w.t, dan kedua-duanya bertawajjuh dengan benar. Bandingannya seperti dua orang hamba raja seorang disuruh beramal dan makan, manakala seorang lagi dikatakan kepadanya: Dudukklah di sisiku, pasti aku akan mencukupkan segalanya untukmu.
Walau bagaimanapun, kebenaran tawajjuh lebih kuat daripada mutajarrid kerana sedikit rintangan dan pergantungan sepertimana yang dimaklumi.
Sementara هِمَّةُ الْفَقِيْرِ الْمُتَجَرد selalunya benar dan selamat daripada kesilapan sepertimana sabda Rasullah s.a.w:
إِنَّ لِلَّهِ رِجاَلاً لَوْ أَقْسَمُوْا عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُمْ فِيْ قَسَمِهِمْ
Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
رُبَّ أَشْعَتَ أَغْبَرَ مَدْفُوْعٍ بـِالأَبْوَابِ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ
Syeikh kami berkata: Allah s.w.t mempunyai hamba-hamba apabila mereka berkehendakkan sesuatu nescaya mendapatnya dengan izin Allah s.w.t.
Daripada Ibn 'Adi daripada Abi Said al-Khudri, sabda Rasulullah s.a.w:
إِتَّقُوْا فِرَاسَةُ الْمُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بـِنُوْرِ اللهِ
Jangkitan
Saya baru sahaja pulang dari menderma darah di Tabung Darah Wilayah Timur, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) Kota Bharu, Kelantan. Ketika saya sedang dalam proses mengisi borang untuk menderma darah, datang seorang gadis membawa sepucuk
Saya bertanyakan nurse yang bertugas di situ kenapa tiba-tiba ada orang buat temujanji dengan doktor di pusat darah? Nurse tersebut memberitahu bahawa biasanya darah yang kita dermakan akan melalui beberapa kali proses saringan sebelum disahkan benar-benar besar damn selamat untuk dibuat pemindahan kepada pesakit lain. Sekiranya pihak tabung darah mendapati darah tersebut dijangkiti oleh kuman tertentu, pihak mereka akan menghantar
Saya bertanya lagi, biasanya penderma yang mempunyai jangkitan apa akan dipanggil oleh pihak tabung darah? Nurse tersebut memberitahu lagi, biasanya penderma yang mempunyai jangkitan penyakit yang merbahaya terutamanya hepatitis dan HIV! Penjelasan nurse tersebut membuatkan hati saya sedikit kecut.
Nurse tersebut menasihati saya, jangkitan penyakit terlalu mudah berlaku sekiranya kita tidak berhati-hati terutamanya orang lelaki yang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut. Pisau cukur yang digunakan haruslah tidak dikongsi oleh pelanggan lain.
Allahu Akbar...saya bermohon kepada Allah agar dijauhkan sebarang penyakit seperti itu dari menimpa saya, orang-orang yang saya sayangi serta semua orang-orang baik di dunia ini kerana jangkitan boleh berlaku melalui pelbagai cara.
Tuesday, December 8, 2009
Rehlatul Kubra

1. Rehlatul Kubra: (Hari Pertama)
2. Rehlatul Kubra: (Hari Kedua)
3. Rehlatul Kubra : (Hari Ketiga)
4. Rehlatul Kubra : (Hari Keempat)
5. Rehlatul Kubra : (Akhir)